Andai tiada kesabaran biarpun sekelumit dalam hati, pasti amarah menguasai diri. Namun pelakon, pengacara dan rapper, Zizan Razak bersyukur kerana masih diberikan tahap kesabaran tinggi walaupun ditohmah dengan pelbagai kontroversi memalukan.
Selain dituduh bersekedudukan dan bercium dengan pelakon Emma Maembong, Zizan juga didakwa mempunyai masalah disiplin dengan beberapa pihak produksi sebelum ini.
Malah timbul pula isu fesyen yang dikenakannya pada malam Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil lalu adalah salah dan tidak menghormati badan beruniform.
Itu belum lagi kisah lagu duet nyanyiannya dengan Kaka, Bawaku Pergi yang menimbulkan isu sensitif mengajak remaja lari dari rumah.
Lepas satu demi satu, sehingga ada yang melihat seolah ia usaha untuk menjatuhkan nama baik Zizan.
Apatah lagi, Zizan dilihat menang bersorak kerana populariti, bukan kerana bakat diiktiraf juri profesional.
“Kalau kata nak jatuhkan saya, tak tahulah.
Ada pihak yang cuba bertanya dan ada yang menegur tapi ia cara masing-masing.
Pada saya, ini adalah diri saya.
“Ia adalah cabaran yang perlu ditangani.
Kalau orang nak percaya atau tidak, terpulang.
Kadangkala apa yang orang nampak, tak semestinya betul atau tidak.
“Saya tenang dan relaks di sini.
Apa lagi saya boleh buat? Takkan nak saya melenting atau mengamuk? Saya pun tidak pernah mencabar sesiapa.
Wartawan tanya pun, saya jawab dengan ‘cool’,” katanya tenang ketika ditemui di lokasi filem terbarunya, Cicakman 3.
Zizan akui reda dengan pihak-pihak tertentu yang sengaja bawa mulut dan bercerita kisah buruk mengenai dirinya.
Katanya, dia mual dengan tujahan-tujahan negatif yang tidak sudah.
Baginya, selagi boleh bersabar, dia akan bersabar dan berfikiran terbuka dengan segala cerita mengarut dan khabar angin yang bertiup tak sudah.
Dalam pada itu, Zizan turut memberi komen selepas ditanya mengenai penggambaran Cicakman 3 terpaksa ditunda beberapa kali kerana berpunca dengan kesibukan Zizan ‘mengaut’ semua tawaran yang datang sehingga tarikh penggambaran sebenar terpaksa ditukar beberapa kali, Zizan melihat ia proses biasa dalam menghasilkan filem yang bagus.
Katanya, pengarahnya, Yusry Abdul Halim juga sudah menjelaskan punca penundaan penggambaran.
“Bagi saya, apabila ditunda ia bagus sebab memberi rahmat kepada pelakon, tenaga produksi dan pembikin menghasilkan karya lebih bermutu.
“Ini kerana mereka dapat memperincikan lagi hasil kerja dan masa sama memberi peluang kepada pelakon untuk lebih mengenali watak yang bakal di bawa.
Ia matangkan kami dan menjadikan kami tak terkejar-kejar sebab bila ada perubahan skrip, ia ‘OK’ bagi saya,” katanya.
Zizan yang kini dikatakan hangat bercinta dengan Emma Maembong turut berkongsi pengalaman bekerja dalam produksi Cicakman 3 arahan bersama Yusry dan Ghaz Abu Bakar yang kini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.
“Cabaran utama sebagai Cicakman 3 ialah saya melihat ia sebagai tanggungjawab besar sebab pelakon sebelum ini, Saiful Apek sudah membawa impak besar kepada industri.
“Saya tidak mahu ‘over’ sebab mahu ia nampak besar.
Bukan bermaksud saya mahu menutup cerita lama, cuma saya perlu selesaikan beberapa perkara supaya impak berlainan,” katanya.
Membawa watak Man dalam filem terbitan KRU Studios itu, Zizan akui tidak tertekan kerana faktor perbezaan jalan cerita yang lebih disifatkan sambungan dan berbeza dengan kisah ‘Metrofulus’ dahulu.
“Walaupun kostum yang perlu dipakai tidak seberat kostum Super-Bro lakonan Fizz Fairuz dengan berat hampir 10 kilogram, saya masih dapat bergerak selesa.
“Bahan dan fabrik yang digunakan untuk kostum saya berbeza dengan Fizz.
Ia tidak mudah dipakai kerana perlu nampak ‘fit’ dan ketat.
Lagipun, sebelum tandatangan kontrak, saya sudah fikirkannya.
“Masa jalani penggambaran filem Kapoww dan Bikers Kental, saya pernah mengenakan suit yang panas dan mempunyai cabaran sendiri.
Jadi, yang ini sudah kira ‘OK’ dan praktikal,” katanya.
Selain Cicakman 3, Zizan pernah beraksi sebagai adiwira dalam filem Kapoww arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan dan telefilem Kubung Man.
Karakter Zizan dalam Cicak Man turut dipantau pengarah kerana mereka mahukan karakter Man dan Cicak Man lebih serius dan berasaskan komedi logik.
“Hanya bahagian tertentu kena jadi serius, ada juga komedi yang perlu diselitkan.
Saya pun sudah berbincang dengan pengarah .
“Begitu juga babak aksi, saya mahu lakukan sendiri tetapi dihalang pengarah kerana mahu memastikan keselamatan semua pelakon terbabit,” katanya.