Patah tumbuh hilang berganti, begitulah ibaratnya situasi dilalui Lana Nordin apabila kita mendapat khabar dia kini bertemu pengganti Johan As’ari.
Baru-baru ini sewaktu bertemunya pada majlis sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013), Lana bukan main girang lagi.
Apabila ada rakan media bertanya mengapa dia nampak gembira, Lana cuba menyembunyikan cerita, tapi kita dapat agak ia mesti ada kaitan dengan hatinya yang berbunga sakan dilamun cinta.
Benar seperti telahan kita, sebaik dihubungi, Lana mengiyakan tetapi katanya, kalau boleh jangan hubungan dengan jejaka pilihan hatinya terlalu digembar-gemburkan kerana mereka baru sangat berkenalan dan sekarang dalam proses mengenali hati budi.
Tanya kita kepada Lana, adakah jejaka dimaksudkan seorang pakar bedah yang menghantar 100 kuntum mawar merah kepadanya seperti dikhabarkan sebelum ini.
Lana bagaimanapun menafikan perkara itu dan enggan menjelaskan lebih lanjut identiti jejaka yang dikenalinya.
Walaupun puas kita meneka dan membuat telahan kekasih barunya itu berpangkat Datuk dan sebagainya, Lana tetap kunci mulut.
Tegas Lana kepada kita, selagi tiada pengesahan dan ikatan sah, dia tidak mahu beri sebarang kenyataan.
Pelakon utama filem Chow Kit itu tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Kali ini, dia mahu lebih banyak berdiam diri bagi mengelak tanggapan negatif seperti dilalui ketika bercinta dengan Johan.
Bagaimanapun, Lana berharap hubungan yang baru terjalin ini kekal dan membawanya ke gerbang perkahwinan.
Malah, jelasnya, antara sebab dia menunaikan ibadat umrah pada 28 Februari ini adalah untuk mendapatkan petunjuk supaya jodohnya dipercepat atau paling tidak, ditemukan dengan orang yang boleh membimbingnya.
Baguslah kalau begitu.
Kita tahu sewaktu putus cinta dengan Johan, Lana berasa sangat kecewa.
Namun itu cerita dulu, kini kebahagiaan kembali menjelma dalam hidupnya.
Namun pesan kita, kalau sayang pun seseorang itu, biar berpada-pada supaya apabila dikecewakan, kita tidak terlalu terasa sakitnya.