Minggu lalu dalam ruangan ini, saya luahkan rasa hati penggiat industri yang sedih dengan nasib penyanyi yang tidak terbela hingga ramai hilang membawa diri. Katanya, kerajaan tidak membantu mereka hingga akhirnya ramai tidak mampu bertahan lagi.
Selasa lalu, saya tersenyum bangga melihat kolaborasi anak seni dalam usaha memeriahkan industri muzik tanah air. Dalam laman sosial Facebooknya, penyanyi Min Yasmin berkongsi berita mengenai kolaborasinya dengan penyanyi Azharina Azhar.
Katanya, dia dan Azharina memulakan rakaman album duet. Ia disifatkan hadiah buat semua peminat dan meminta semua menantikan album 2 SOUL kolaborasi mereka berdua yang diterbitkan Julfekar. Sokonglah industri muzik kita.
Bagi saya, insan bernama Julfekar Ahmad Shah ini memang penggiat seni tegar. Dalam keadaan industri muzik yang nazak, Julfekar terus berkarya. Kalau bukan untuk album, hasilkan lagu single untuk lagu tema drama atau filem.
AZHARINA
Kini setiap Selasa dan Rabu, suara Min Yasmin berkumandang di TV9 apabila lagu Bukan Untuk Sesaat menjadi pilihan untuk OST drama 7 Suami lakonan Izreen Azminda. Lagu Panah Asmara pula menjadi OST drama Madu di TV3 setiap Isnin.
Terbaru, Julfekar menerbitkan album Azharina dan Min Yasmin, satu kolaborasi menarik. Bukan saja kerana cerita masa lalu yang memang menarik kerana mereka berdua sama-sama anak didik Julfekar dan kemudian membabitkan soal hati (bercinta).
Bagi yang mengikuti perkembangan dunia seni tentu tahu kontroversi Julfekar dan Azharina atau Nina. Namun, kini selepas lapan tahun, semua itu tinggal sejarah dan mereka bergabung kembali sebagai anak seni yang terus berjuang atas nama industri muzik tanah air.
Dalam menghitung hari bahagianya bersama Min yang dijangka berlangsung April ini, Julfekar ada tanggungjawab besar untuk menyiapkan album ini. Ia memuatkan lima lagu duet Min dan Nina.
Dua lagu sudah siap dirakam, satu lagu popular Nina, Seandainya dan satu lagi lagu popular Francisca Peters, Dihukum Cinta kedua-duanya ciptaan Julfekar yang dirakamkan pada 2002.
Kali ini dengan gubahan baru dan dinyanyikan secara duet. Yang lainnya lagu baru ciptaan Julfekar dan satu lagu itu, Harapan Itu seperti mempunyai makna yang cukup dalam.
Bagaimana tercetusnya pertemuan mereka berdua? Kata Julfekar, semuanya bertitik tolak dari usaha Min kira-kira dua bulan lalu mempertemukan Nina dengannya untuk menjernihkan hubungan yang keruh satu masa dulu.
Kini mereka mampu membuang jauh segala cerita pahit yang pernah berlaku pada 2004 dengan semangat baru. Dari situ, timbul idea menghasilkan album duet kerana mereka berdua memiliki vokal mantap dan jarang ada gandingan duet dua penyanyi wanita.
Nina, juara Bintang RTM 2001 pernah menghasilkan dua album, Azharina (2002) dan Nina (2004) manakala Min menghasilkan album Min Yasmin pada 2011.
Tentunya ia kolaborasi menarik dan Julfekar tidak kisah keluar modal untuk menghasilkan album ini. Sebagai karyawan, Julfekar melalui syarikat rakamannya MillenniumArt Sdn Bhd mahu terus berkarya walaupun dalam keadaan industri muzik yang lesu.
Katanya, jika semua orang takut keluar modal, bagaimana industri hendak terus bernyawa. Kita nantikan kemunculan Azharina yang popular dengan lagu Elergi Sepi ini. Agak lama juga penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah ini menyepi dan kini kembali dengan album duet bersama Min Yasmin.