BINTANG Hollywood, Angelina Jolie mendakwa dia dipaksa untuk menyertai kelas yoga sebagai persediaan untuk menjiwai wataknya menerusi filem berunsurkan fantasi seram, Maleficent.
Menurut portal USA Today, aktres kelahiran Los Angeles itu kini berusaha memahami dan menjiwai watak Maleficent yang bakal dibawanya.
“Saya dipaksa menghadiri kelas yoga sedangkan saya bukan seorang yang penyabar. Tidak mudah untuk menjiwai setiap pergerakan semasa berada dalam kelas yoga.
“Ia seakan-akan kelihatan seperti sebuah patung hidup dengan pergerakan yang sukar difahami.
“Namun demi filem Maleficent, saya tidak menolak untuk menghadiri kelas tersebut walaupun tidak menggemarinya,” jelas Angelina Jolie.
Filem Maleficent bakal menemui para penonton pada 30 Mei 2014. Turut terlibat dalam membintangi filem ini ialah tiga orang anaknya sendiri iaitu Vivienne, Pax dan Zahara yang bakal muncul di permulaan awal dalam Maleficent.