Khabarnya pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah hamil.
Berita gembira itu dikongsi suaminya yang juga pelakon filem, Zain Saidin, namun menurutnya ia masih belum disahkan doktor lagi.
Menurut Zain yang dipetik dari sebuah portal, jika berita itu benar, ia merupakan hadiah hari lahir terbesar yang diterimanya.
“....Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.
"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya.
Zain memberitahu akan berkongsi berita gembira itu jika keputusannya positif.
“Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami,” katanya.
Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu.
ARTISMELETOP: Jika benarlah cerita ini ARTISMELETOP ingin mengucapkan tahniah kepada Zain Saidin dan Che Ta