Hanis Zalikha Nafi Masam Muka Dengan Aliff Aziz



Lumrah kehidupan sebagai seorang artis apabila setiap perbuatan pasti menjadi perhatian ramai.

Terbaru, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha dikhabarkan bermasam muka dengan penyanyi Aliff Aziz di lokasi penggambaran drama bersiri 'Jodoh 2'.

Menurut Hanis, dia terkejut sebaik sahaja mendengar khabar angin mengenai isu tersebut sedangkan hubungannya dengan penyanyi itu tidak mengalami sebarang masalah.

“Macam mana gosip ini boleh timbul? Saya dan dia baik-baik sahaja tambahan pula kami digandingkan bersama dalam drama ini...Tiada sebab untuk saya bermasam muka dengan Aliff.




“Kalau nak kata saya tak bercakap dengan dia tak mungkinlah… Saya rasa perkara ini berlaku kerana kami belum ada banyak babak yang hanya memerlukan kami berlakon berdua...Sebab itu jarang nampak kami bersama,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran Jodoh 2, The Glade Subang Jaya.

Dalam pada itu, Astro Gempak juga meminta Aliff Aziz untuk mengulas mengenai dakwaan tersebut.

“Sejujurnya saya memang tidak ada masalah dengan Hanis…Mungkin ada yang nampak kami tidak bercakap tetapi itu tidak bermaksud kami bermasam muka.

“Saya jadi serba salah sebab bila saya bercakap, orang akan buat andaian lain, bila saya tak bercakap orang kata bermasam muka pula...Jadi saya nak buat macam mana lagi?

“Masing-masing nak jaga nama sendiri, kalau boleh saya tidak mahu ada lagi benda negatif yang melibatkan saya.

“Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya jadi diri sendiri dan mahu berubah ke arah yang lebih baik,” katanya memberi penjelasan.
Previous Post Next Post