Isteri Kekasih Hanez Suraya Dedah Rahsia & Bukti

Selain isu pelakon selisih faham antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati, industri hiburan Malaysia dipanaskan lagi dengan gossip tentang pelakon Hanez Suraya yang didakwa bakal nikah dengan suami orang.

Pada hari ini, ARTISMELETOP ada membaca laporan satu pendedahan yang mengejutkan ramai pihak di ruangan B*POP yang telah menjejaki isteri kepada lelaki yang dikatakan bakal menjadi suami Hanez Suraya. Pencerahan dan pendedahan telah dibuat dan akui sendiri oleh wanita tinggi lampai bernama Nurliyana Abd Manan yang berusia 29 tahun dan beliau telah mendedahkan apa yang tersirat di sebalik hubungan Hanez dengan suaminya.


Hanez Suraya

Menurut Nurliyana, beliau telah mendakwa Hanez banyak berbohong dalam memberi kenyataan. Nurliyana juga mendakwa, Hanez Suraya sebenarnya sudah tahu status suaminya yang dikenali sebagai Mr R yang mana masih lagi menjadi suami orang dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Tindakan untuk buat pendedahan adalah disebabkan Nurliyana tidak dapat menahan sabar apabila melihat Hanez memuat turun gambar bersama dua orang anaknya iaitu Putra Adreeshah, 8 tahun dan Putra Rayqarl Shah, 2 tahun di Instagram.

“Apa tujuannya (Hanez) mahu menyakiti hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat. Saya akui rumahtangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru harap apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, itu pengakuan Hanez, sedangkan rumahtangga kami berantakan baru saja enam bulan. Ini bermakna, rumahtangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”




“Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Hanez seolah-olah mencabar saya. Tapi itu semua, saya masih boleh bersabar lagi. Tapi saya rasa sangat kecewa apabila Hanez memuat turun gambar dengan anak-anak saya dalam Instagram. Saya malu apabila kawan-kawan dan sanak saudara tanya pasal kisah rumahtangga saya. Saya jadi tertekan sampaikan bekerja pun rasa tak senang hati. Saya ibu mereka dan dalam masa yang sama, saya masih isteri Mr. R. Saya ada nombor telefon Hanez tapi saya tak pernah ganggu.”

Nurliyana mengakui dia sudah berkahwin dengan Mr. R lebih lapan tahun lalu, tapi kali ini, pertelingkahan rumahtangganya dilihat makin meruncing dan bakal membawa kepada perceraian.



Isteri Mr. R Nafi Bercerai

Nurliyana mendakwa, dia mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan Hanez apabila Hanez bertanya kepada seorang teman baiknya. Hanez mahukan kepastian sama ada rumah tangganya dan Mr R bergolak atau sebaliknya.

“Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya, dia melihat saya dan suami okay, tapi tak tahu pulak kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama lepas tu, saya mendapatkan bukti gambar mesra dan percutian mereka.”

Nurliyana juga turut menunjukkan beberapa bukti gambar semasa Hanez Suraya dan Mr. R sambut hari jadi dan gambar semasa bercuti di Bangkok, Thailand.

“Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikan kami dah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes perceraian kami selesai.”



Tidak Pernah Buat Fitnah

Nurliyana juga mendakwa dia tak pernah buat fitnah kepada Hanez. Ini adalah pendedahan yang pertama kepada media.
“Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu, tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal.”

Dakwaan sama dibuat di program Melodi yang disiarkan pada hari ini. Nurliyana mendakwa, dia buat kenyataan ini adalah sebab wartawan datang mencari beliau dan sudah sampai masa beliau bercerita hal sebenar.




ARTISMELETOP: Wah makin hangat bab rampas merampas ni. Apa komen anda?

Previous Post Next Post