Kim Soo Hyun popular di China


Kim Soo Hyun

POPULARITI drama Man From The Stars ternyata memberikan impak yang besar terhadap karier aktor Kim Soo Hyun, bukan sahaja di negara asalnya, bahkan di negara lain seperti Malaysia, Singapura dan China.




Dek kerana penangan lakonannya dalam drama berkenaan, pihak JSTV di China sanggup menyediakan pesawat peribadi untuk menerbangkan bintang tersebut bagi menghadiri rancangan Super Brain.

Bukan sahaja diterbangkan dengan pesawat peribadi, Soo Hyun juga turut dijaga oleh 600 pengawal peribadi yang diupah khas. Malah semua tetamu turut melalui tiga kali pemeriksaan sebelum memasuki studio bersama Soo Hyun.
Previous Post Next Post