Qi Razali nak sunting kekasih



Hanya kerana pelakon jelita, Nelydia Senrose, dikatakan memadam gambar si kekasih, Qi atau Qushairi Razali, di laman sosial Instagram miliknya, peminat yang prihatin dengan kisah cinta dua selebriti ini mula berasa resah dan tidak sedap hati.

Apatah lagi apabila mereka melihat gambar mesra antara Nelydia, 20, dan pasangannya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Sharnaaz Ahmad, banyak dimuat naik oleh kedua-dua pelakon ini, walaupun masing-masing sudah acap kali menegaskan, tindakan itu hanya dilakukan bagi mempromosikan produk yang mereka bintangi.




Minggu lalu, HIP sendiri ada menyiarkan pengakuan Nelydia yang mendakwa dirinya dan Qi, 37, masih bergelar kekasih. Hubungannya dengan Sharnaaz, 29, pula tidak lebih rakan seperjuangan dan beliau sendiri sudah menganggap pelakon lelaki itu sebagai abang sendiri.

Bahkan, Qi yang sebelum ini dikatakan cemburu melihat gambar kemesraan dua pelakon berkenaan sudah mampu menerima hakikat masing-masing hanyalah berusaha mempromosikan drama lakonan sendiri.

Hubungan masih sama

Ditemui pada majlis pelancaran program Kokolog kendaliannya di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini, Qi sekali lagi menjelaskan, hubungannya bersama Nelydia
Previous Post Next Post