AKTOR Song Joong Ki mula berhenti daripada kegiatan senia sejak Ogos tahun lalu bagi menjalani latihan ketenteraan negaranya.
Kini sudah hampir tujuh bulan dia menjalani latihan tersebut.
Song baru-baru ini berada di China untuk tampil dalam sebuah acara di kedutaan besar Korea.
Pelakon utama Nice Guy itu ditemani oleh beberapa artis lain seperti Tei dan Lee Suk Hoon.
Duta besar Korea di China, Kwon Young Sae menulis di akaun Weibo miliknya pada 19 Mac lalu tentang kehadiran artis tersebut.
Beliau turut memuat naik beberapa gambar Song Joong Ki, Tei dan Lee Suk Hoon.