Tiada Langsung Identiti Gadis Jolobu, Peminat Kritik MV Arahan Dira Abu Zahar



Kami percaya kebanyakan daripada anda di luar sana sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dengan lagu Waris berjudul Gadis Jolobu yang turut menampilkan Datuk Hattan sebagai teman duetnya.

Mula diputarkan di corong-corong radio tempatan sekitar penghujung tahun lepas, lagu berkenaan mendapat tempat di hati pendengar kerana liriknya yang mendalam dan melodi yang boleh dikatakan easy listening.

Namun sejak muzik videonya dilancarkan beberapa hari lalu, peminat dilihat agak kecewa dengan hasil rakaman Gadis Jolobu yang diarahkan oleh pelakon Dira Abu Zahar itu.



Tiada Langsung Identiti Gadis Jolobu, Peminat Kritik MV Arahan Dira Abu Zahar. Konsep Apa Yang Cuba Ditonjolkan?

Dengan durasi selama 5:10 saat, keseluruhan MV tersebut hanya dipenuhi dengan adegan Waris dan Hattan yang asyik menyanyi di beberapa lokasi tanpa sedikit pun menyelitkan unsur-unsur adat Negeri Sembilan.




Jika adapun, hanyalah pada beberapa minit terakhir iaitu ketika Nabil masuk ke dalam sebuah butik yang mana pada perkiraan kami babak itu seakan menggambarkan Nabil sebagai orang Nogori yang lupa diri.



Penampilan istimewa Nabil dalam MV Gadis Jolobu

Selain beranggapan MV itu lebih sesuai dirakam di kawasan kampung sepertimana konsep lagunya, peminat turut mempertikaikan ketiadaan kelibat gadis Jolobu seperti yang diceritakan di dalam lirik.



Namun disebalik ketidaksempurnaan itu, pujian harus juga diberikan kepada Dira yang berani mengambil cabaran untuk mengarahkan MV ini buat pertama kali selepas berjaya mengarahkan filem pendek berjudul Jerat Suami tahun lepas.

Barangkali pengarah yang masih menimba pengalaman ini cuba membawa sedikit kelainan kepada video klip Gadis Jolobu dan cuba menyuntik konsep antarabangsa di dalam karyanya.

Apapun, bagi yang belum berkesempatan menyaksikannya, jom tonton dulu MV tersebut di bawah ini sebelum meluahkan pendapat ikhlas anda. Semoga terhibur!

Previous Post Next Post