Yoo Jae Suk beri hadiah


Yoo Jae Suk yang baik hati.

PELAWAK Yoo Jae Suk berbesar hati menghadiahkan iPad kepada pelajar universiti yang menjadi tetamu untuk program Running Man bagi episod khas, Running Man 2014 University War, baru-baru ini.

Menurut seorang wakil produksi, pemberian tersebut sebagai tanda terima kasihnya kepada para penuntut universiti yang terlibat dalam program tersebut.

"Dia amat menghargai pembabitan mereka dalam program tersebut tetapi malu untuk menyerah sendiri hadiah tersebut. Dia minta kakitangan produksi yang berikan iPad tersebut bagi pihaknya. Yoo Jae Suk mahu pemberiannya itu tidak diketahui oleh orang ramai," kata wakil produksi.




Untuk episod Running Man 2014 University War, setiap anggota Running Man diberi tugasan melatih dua rakan baharu daripada universiti. Ji Seok Jin telah pergi ke Universiti Kyung Hee, Haha ke Universiti Dongguk, Yoo Jae Suk ke Universiti Korea, Kim Jong Kook memilih Universiti Chung-Ang, Gary ke Universiti Wanita Sunghsin dan Song Ji Hyo diarah ke Universiti Konkuk.

Setiap daripada mereka diberi bahan yang berbeza untuk membina bot bagi melintasi Sungai Han.

Difahamkan salah seorang penuntut universiti telah mendedahkan di laman sosialnya, "Saya mendapat iPad daripada Yoo Jae Suk". Dari situlah pecah rahsia yang Yoo Jaek Suk memberi mereka iPad.

Rupa-rupanya pelajar universiti itu bukan setaka mendapat iPad, malah diberi penginapan percuma di sebuah motel tatkala pakaian mereka basah sebelum diberi baju baharu.
Previous Post Next Post