Emma Maembong Serasi Dengan Maixara



Pernah menjadi pilihan jenama kecantikan sebelum ini, nama Emma Maembong semakin laris apabila diburu satu lagi produk kecantikan buatan tempatan khusus untuk wanita yang mementingkan kecantikan dalaman serta luaran.

Dilamar sebagai duta Maixara, tanggungjawab yang pernah dipegang oleh Diana Rafar itu memberi kelebihan kepada Emma Maembong untuk mempromosikan rangkaian produk Maixara berkenaan.

"Selepas lebih sebulan mencuba produk Maixara, ianya ternyata cukup serasi dengan saya.

“Saya sudah mencuba Maixara C Sential, Maixara White Essential dan Maixara Q Berry. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang bukan saja untuk penjagaan kulit tetapi juga sebagai pemberi tenaga.

"Bagi saya kerjasama yang terjalin dengan Maixara ini ia semestinya wujud situasi menang-menang dan memberi keuntungan untuk kedua belah pihak.




“Paling penting produk ini dianggap sebagai keperluan dan kehendak semasa dalam dunia yang sibuk ini. Saya sendiri meyakini produk Maixara dan tiba masanya orang luar mencubanya pula," katanya yang masih mempromosikan jenama Silky Girl dan Ali Cafe Kacip Fatimah.

Maixara yang terbentuk di bawah syarikat Mama Secret Industry (MSI) telah diusahakan oleh pasangan suami isteri, Azman Mohd Salleh dan Nor Ainnah Ibrahim sejak 2009.

Sebelum ini MSI pernah mengusahakan perusahaan restoran Yourgurt yang menggunakan Aaron Aziz sebagai duta.

Kini MSI mula berjinak-jinak dan maju setapak lagi dalam aktiviti pengilangan produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan menerusi jenama Maixara muncul sejak Disember 2013.

Kini Maixara mempunyai lima rangkaian produk iaitu Maixara C Sential, Maixara White Essential, Maixara Q Berry, Maixara Slim Look dan Maixara Miracle.

Menurut pengasas Maixara, Nor Ainna pemilihan Emma dilihat sebagai seiring dengan penampilan wajah baru Maixara yang lebih segar.

"Kehadiran Emma selaras dengan perubahan baru Maixara. Bukan saja dari aspek pembungkusan semula, produk Maixara juga dirumus dengan formula baru dan pastinya produk kami mempunyai kandungan bahan asli. Semestinya tiada pengawet atau pewarna tiruan.

"Maixara dihasilkan daripada formula kami sendiri dan dikilangkan sendiri di kilang kami yang beroperasi di Ulu Selangor.

“Kemunculan Emma diharap mampu meneruskan kelangsungan survival Maixara di pasaran bukan saja di Malaysia tetapi negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei tak lama lagi," katanya.
Previous Post Next Post