Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon Ashraf Muslim yang selamat menimang cahaya mata pertama kemarin. Comel sangat anak perempuan yang dilahirkan oleh isteri keduanya, Wan Sakinah itu.
Menerusi gambar mereka bertiga bersama anak itu, terpancar wajah kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah mereka dengan kehadiran orang baru dalam keluarga tersebut.
Malah, menerusi laman Instagram Wan Sakinah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf. Maknanya Dayana juga dapat lah merasa menjadi seorang ibu walaupun anak itu bukan dari zuriatnya.
Dalam status Instagram tersebut dia menulis:
“Allahuakbar.. Salam subuh semua.. Alhamdulillah, sy selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51kg secara normal. Terima kasih kpd yg sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu & anak sihat.. "Assalammualaikum sayang.. Selamat datang ke bumi Allah S.W.T.. Awk ade dua ibu tau! We love u Dayana!! emoji & Tahniah b!! Awk dh jd ayah!!" Unexpected date!! emoji #05April2014 #1150pm #sweetmoment #tropicanamedicalcentre”
Wah bertuahlah baby tu lahir kedunia sahaja terus mendapat kasih sayang daripada dua ibu dan seorang ayah.
Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam semalam di hospital Tropicana Medical Centre. Anak sulung mereka lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.
Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan 2 wanita.