JOHN Mayer sudah tidak peduli tentang diri Katy Perry ketika ini.
WALAUPUN hubungan dengan penyanyi John Mayer telah berakhir hampir dua bulan lalu, Katy Perry dilaporkan masih lagi berduka kerana tidak dapat menerima keadaan tersebut.
Menurut petikan daripada sebuah portal hiburan antarabangsa, Perry dikatakan terlalu bersedih hinggakan kelihatan tidak terurus dan dinasihatkan oleh seorang rakannya agar mendapatkan khidmat terapi mental.
Kami telah memasuki fasa yang paling serius dalam perhubungan tersebut. Telah banyak perbincangan dilakukan untuk mendirikan mahligai yang kami impikan. Tiba-tiba, hubungan kami terputus dan dia pergi begitu sahaja.
Ia amat memeritkan. Otak dan minda saya terlalu sakit untuk memikirkan apa yang telah dan sedang berlaku. Seolah-olah semua ini tidak berlaku, tetapi hakikatnya semua telah hancur musnah," kata Perry kepada portal tersebut.
Lebih menyedihkan, menurut Perry, bekas kekasihnya itu langsung tidak terkesan dengan insiden tersebut, malah sedikit pun tidak mengambil peduli tentang dirinya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Firework itu cuba untuk melupakan Mayer apabila sesekali dilihat berpacaran dengan beberapa lelaki, namun semuanya tidak menjadi.
Saya mencuba tetapi tidak boleh. Jadi, saya terpaksa berjumpa dengan pakar terapi mental agar dapat menangani masalah ini. Saya tidak mahu ia berterusan dan merosakkan karier saya," katanya.