Sesuai dengan watak yang bakal beliau jayakan dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK), Nasha Aziz nampaknya sudah mula komited dengan imej muslimah yang perlu dibawakan ketika sidang media yang diadakan baru baru ini.
Bercakap kepada portal Murai, Nasha Aziz mengakui ianya satu tanggungjawab buat dirinya untuk menjaga etika kerja dan karier yang perlu dipenuhi selepas ditawarkan watak Zainab dalam teater bertemakan Islamik dan ketuhanan itu.
“Rasanya bila kita bercakap tentang etika bekerja, apa sahaja yang saya lakukan saya akan pastikan ianya harus kalau boleh tak dapat 200 peratus pun tapi dapat 100 peratus pun jadilah”
“Malah penampilan saya hari ini sebenarnya saya dengar tidak lagi memenuhi 100 peratus sempurna daripada pereka kostum bagi watak saya dan pelakon lain. Tidak silap saya, ini hanya 10 peratus sahaja daripada yang sepatutnya daripada watak kami,” ujar beliau.
Nasha Aziz akan tampil dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani di Panggung Sari Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei depan.