SYED ingatkan kes selebriti tak pulang baju dah berlalu tapi nampaknya tidak. Baru-baru ini ada yang mengadu kepada Syed tentang salah seorang selebriti fesyen tempatan buat hal sebab masih belum pulangkan baju yang dipinjam.
Marah betul nampaknya penyanyi Iz apabila selebriti berkenaan tak pulangkan sut yang dipinjam tahun lepas. Biar betul pinjam baju tak pulang-pulang, nak buat harta sendiri ke?
Kalau nak tahu Iz merupakan pemilik Projek Incognito yang bekerjasama dengan Rizal Latif selaku ketua pereka fesyen. Mereka memang ada membuat beberapa sut yang dipakai oleh selebriti tanah air.
Antara yang pernah menggayakan sut rekaan Projek Incognito termasuk Elfira Loy, Erra Fazira dan Nik Michael Imran pada beberapa acara besar sebelum ini.
Tajaan
"Kalau ikutkan memang kami ada memberi tajaan baju kepada lelaki berkenaan pada bulan November tahun lepas. Kalau ikut dia sepatutnya pulangkan baju tu selepas acara tersebut.
"Tapi sampai sekarang masih tak pulang-pulang. Apabila dihubungi sampai ke sudah tak dapat dan macam-macam perkara lain yang terjadi. Sebab itu kami risau dia buat tak tahu sahaja.
"Kalau dah namanya tajaan dia sepatutnya mempromosikan baju tajaan itu. Kalau tak sebut pun kenapa tak hashtag (#tag) di akaun Instagram seperti yang selalu dia buat.
"Banyak gambar baju kami dia pakai pada acara berbeza tapi kenapa satu pun tak promosi nama Projek Incognito? Itu yang membuatkan kami pelik.
"Kalau tak nak promosi pun tak apa asalkan dia pulangkan balik dua pasang sut yang Projek Incognito taja. Itu pun dah cukup," kata Iz ketika dihubungi Selasa lalu.
Khabarnya sehari selepas itu selebriti berkenaan ada menghubungi mereka untuk tindakan susulan. Eloklah macam itu, hal kecil tak perlu diperbesar-besarkan.
Hmm... Dalam hal-hal macam ini kena tanya juga pada tuan badan. Mungkin selebriti berkenaan terlupa atau ingat sut itu diberi terus barangkali.
Syed: Teringat cerita jurumekap mengamuk sebab tak mahu beri tajaan. Semuanya kena bayar okey.