Peserta Malaysia Juara 'Asia's Next Top Model' Musim Kedua


Peserta Malaysia Juara 'Asia's Next Top Model' Musim Kedua

Rancangan realiti, 'Asia's Next Top Model' musim kedua akhirnya sampai kemuncak apabia peserta dari Malaysia, Sheena Liam telah dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan peserta dari Filipina di peringkat akhir.

Kemenangan ini menjadikan Sheena sebagai peserta pertama dari Malaysia yang menjuarai program itu selepas mengalahkan 15 peserta lain.




Dengan kemenangan ini, Sheena berjaya membawa pulang kontrak bersama Strom Model Management selama tiga bulan, peuang menghiasi muka depan majalah Harper's Bazaar Singapura/malaysia, wang tunai sumbangan FOX International Broadcast, kereta Subaru XV dan menjadi model untuk kempen produk penjagaan rambut, TRESemme.

Untuk rekod, musim pertama program ini telah dimenangi oleh peserta Thailand, Jessica Amornkuldilok sementara tempat kedua menjadi milik peserta Filipina, Stephanie Retuya. Tahniah Sheena!

Previous Post Next Post