Radhi selamat bernikah kali kedua


Majlis Pernikahan Penyanyi Radhi OAG dan Nur Shahira Ayu Zahiri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari ini.

PENYANYI Radhi OAG atau nama sebenarnya M. Radhi Razali, 36, akhirnya selamat diijabkabul dengan wanita pilihannya, Nor Shahira Ayu Zahiri, 20, jam 10.25 pagi tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh imam masjid besar negeri masjid Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam, Mohd Firdaus Subhi, dengan dihadiri seramai 100 tetamu.




Sewaktu majlis itu, rombongan lelaki membawa 12 dulang hantaran berbalas 14.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa beg tangan jenama Charles dan Keith, sebentuk cincin, set pewangi jenama Boss set al Quran set kosmetik minuman kesihatan Zahryea dan sepasang telekung dan mas kahwin berjumlah RM300 dengan wang hantaran berjumlah RM30,000.

Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sembilan tahun.
Previous Post Next Post