Akaun Instagram Rihanna Disekat



GARA-GARA memuat naik gambar seksi, akaun Instagram Rihanna telah disekat.

RIHANNA antara penyanyi yang cukup aktif di laman sosial. Bagaimanapun, baru-baru ini akaun Instagram miliknya telah disekat dan tidak boleh diakses oleh sesiapa pun termasuk Rihanna sendiri.

Menurut laporan Contact Music, akaun milik penyanyi lagu Diamonds itu telah disekat oleh pihak Instagram sendiri bukannya diceroboh oleh pihak lain.

Semuanya gara-gara foto seksinya yang dikeluarkan di majalah Lui dimuat naik dalam akaun Instagramnya. Foto-foto itu disifatkan agak keterlaluan dan boleh diibaratkan seperti berbogel kerana dengan jelas menunjukkan payudara penyanyi tersebut.




Namun, sekatan itu hanya bersifat sementara sahaja dan penyanyi tersebut telah diberi amaran supaya tidak memuat naik foto-foto terlalu seksi sehingga mengundang terlalu ramai peminat mengakses akaunnya dalam masa yang sama.

Dia juga dikhabarkan telah diminta untuk membuang semua foto seksinya keterlaluan di akaun instagram.

Bagaimanapun, saat diminta keterangan berhubungan sekatan itu, pihak Instagram menafikan dakwaan bahawa mereka menyekat akaun penyanyi dengan sengaja.

Sebaliknya, mereka memohon maaf kerana akaun Rihanna telah disekat atas sebab sistem automatik.

"Sistem automatik kami telah salah menyekat akaun ini dan tidak boleh diakses buat sementara waktu. Kami memohon maaf atas kesulitan ini," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Instagram.

Klik Disini untuk Lihat Imej Sexy Rihanna http://tinypic.com/view.php?pic=25yvp6o&s=8#.U2yKL_mSyvQ

Previous Post Next Post