SEDIH mendengar kisah Akim Ahmad yang katanya kini dianaktirikan pihak pengurusan. Seseorang memberitahu Aida, Akim terasa hati sampai tidak mahu lagi bekerjasama dengan syarikat penyiaran berbayar tersebut.
Katanya lagi, pernah suatu ketika, tiada langsung tawaran kerja yang diberikan pihak tersebut kepada dirinya. Senang cerita dia kini bergantung pendapatan kepada pihak lain. Sampai begitu sekali ke Akim, awak dipinggirkan? Soalnya kenapa ya?
Katanya, sebab terlalu sakit hati Akim kini juga fikir banyak kali kalau dijemput ke acara pihak pengurusannya berkenaan. Senang cerita dia tidak mahu hanya nampak meramaikan sahaja.
Tidak dinafikan terbit juga rasa tidak puas hati Akim apabila ada sesetengah artis sahaja yang diberi kelebihan, berbanding dirinya. Aida faham Akim bukanlah cemburu atau dengki, ialah melibatkan soal ini pastinya Akim juga ada hak untuk bersuara.
Tidak molek juga Akim mahu ambil tindakan sendiri. Kalau ikutkan Akim bukan sekejap dengan syarikat pengurusannya itu. Kalau ada jalan penyelesaian yang baik mungkin kedua-dua pihak perlu berbincang.
Aida faham macam Akim sendiri, bukan mudah sebenarnya mahu bersaing dengan artis kita yang semakin ramai kini. Perlu ada usaha dari Akim sendiri sebenarnya untuk membuktikan sesuatu pula. Orang kata kalau kita sendiri tidak tolong diri kita, apatah lagi orang lain bukan. Jadi kepada Akim jangan rasa tertekan dengan soal ini sangat mungkin ada sesuatu yang lebih besar sedang menanti di dalam karier Akim pada masa hadapan, siapa tahu.
Nota Lutut: Artis itu sudah lama tidak duduk sebumbung dengan suaminya, harap cepat berbaik semula.