Chad Hot FM Selamat Bernikah Dengan Haris Klangit Jumaat Lalu!



Selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu, akhirnya penyampai radio Hot FM, Chad atau atau nama sebenarnya Nur Shazrena Abd Rahim, sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis indah di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka.






Berwalikan bapa Chad, Abd Rahim Haji Abdullah, pasangan ini selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz oleh Imam 1 Masjid Telok Mas, Ustaz Haji Zaidan Haji Bahar.

Chad menerima mas kahwin RM100 dan wang hantaran berjumlah RM20,000. Selain itu, lima dulang hantaran turut diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mempelai kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di kediaman Chad pada keesokan harinya iaitu Sabtu lalu.
Previous Post Next Post