Farah Fauzana Berselendang Sebelum Bertudung Sepenuhnya



Jika anda merupakan pengikut Fara Fauzana di laman Instagramnya, pasti perasan akan perubahan yang ditampilkan oleh figura popular ini.

Sejak kebelakangan ini, Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau gemar memakai selendang ketika menghadiri majlis-majlis hiburan dan ketika bekerja di studio radio Hot FM.



Fafau melihat imej terbaharunya ini sebagai satu proses berperingkat selain langkah permulaan untuk ke arah bertudung sepenuhnya.

“Saya sebenarnya kurang selesa apabila perkataan ‘berhijrah’ digunakan kerana saya sendiri tidak pasti apakah perkataan sesuai untuk menggambarkan perubahan kecil ini. Ia belum sempurna lagi sebenarnya.




“Justeru saya mohon agar umum tidak salah anggap dengan pendekatan yang saya lakukan ketika ini. Memang ada yang bertanya kenapa tidak pakai terus atau adakah ini sekadar gaya, tetapi memilih untuk membiasakan diri terlebih dan berharap suatu hari nanti saya akan bertudung sepenuhnya sampai bila-bila,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Semoga Fafau terus istiqamah dengan perubahan positifnya dan pastinya peminat juga turut teruja dengan imej terbaharu selebriti berusia 34 tahun ini. -
Previous Post Next Post