
AHLI kumpulan Orange Caramel, Nana dilabelkan sebagai seorang yang cantik tetapi tidak mementingkan kebersihan oleh rakan-rakan sekumpulannya, Lizzy dan Raina.
Menurut mereka, bilik Nana di dorm selalu berada dalam keadaan sepah dan tidak berkemas.
“Nana selalu membiarkan kasut dan baju-baju kotornya berselerak di dalam bilik, kadang-kadang sehingga seminggu.
“Dia juga sering terlupa untuk menarik ‘flush’ selepas menggunakan tandas!” kata mereka.