Selepas penarikan diri Hanez Suraya daripada menjadi duta produk kecantikan Aura White, khabarnya tempatnya kini digantikan dengan selebriti Natasha Hudson dan pelakon yang semakin meningkat naik namanya iaitu Amyra Rosli.
Hanez dikatakan menolak untuk terus menjadi duta produk tersebut berikutan kontroversi kisah cintanya dengan suami orang menjadi hangat sejak dua bulan lalu.
Pelantikan terbaharu Natasha dan Amyra ini mungkin merupakan strategi pemasaran yang telah disasarkan oleh pengusaha kepada ‘target market’ mereka.
Selain dua selebriti cantik tersebut, Izzue Islam turut dikekalkan sebagai wajah produk Aura Men.