Permohonan pengesahan lafaz cerai Abby ditangguh



MAHKAMAH Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan permohonan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (S-M-S) yang difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, suaminya melafazkan cerai itu pada kira-kira jam 10.15 pagi, 9 Mei lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar, sebelum ini.






Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai.

Kes akan didengar semula pada 11 Jun depan.

Previous Post Next Post