Sofia Arissa Nama Anak Sulung Liyana Jasmay



Buat pertama kali, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay telah berkongsi wajah anak sulungnya menerusi akaun Instagram. Malah, Liyana juga turut mendedahkan nama puteri kesayangannya iaitu Sofia Arissa.

Untuk rekod, Sofia Arissa telah dilahirkan pada 12 Mei lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam secara normal.






Kini, Liyana dilaporkan sedang menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya di Kuala Lumpur.

Previous Post Next Post