Ungku Hariz Bintangi Teater Monodrama Legenda Dato' Dol Said



Persatuan Geliga Merah Opera (GMO) dan Istana Nan Panjang Undang Wilayah Naning dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan pementasan Teater Monodrama Legenda Dato' Dol Said pada 15 hingga 18 Mei 2014 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka jam 8.30 malam.

Teater monodrama tersebut diterajui oleh pelakon berbakat besar, Ungku Hariz Faizal Mohamed Fadli atau lebih dikenali dengan nama Ungku Hariz. Bekas peserta Pilih Kasih 2 itu akan memainkan empat karakter berbeza iaitu Dol Said, isteri Dol Said, Gabenor British Tanah Melayu R Ibbetson dan Syed Sya?aban.






Menggunakan khidmat pengarah berkaliber, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, teater berkenaan turut mendapat kerjasama penuh daripada Istana Nan Panjang Undang Wilayah Naning 19, Persatuan Geliga Merah Opera dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Teater ini mengisahkan perjuangan kerajaan Naning, Negeri Sembilan sewaktu pemerintahan Dol Said sehingga berlaku peperangan dengan British sekitar tahun 1832 yang dinamakan Perang Naning.

"Konflik yang berlaku melibatkan fakta sejarah perlu disampaikan dengan teliti, menerusi pementasan ini kami mengharapkan informasi yang disampaikan lebih mudah diterima. Kerana itu nilai-nilai komersial akan diselitkan sepanjang pementasan berlangsung. Semoga teater monodrama ini akan memperkenalkan sejarah dan perjuangan Naning kepada golongan muda," ujar Raja Azrey.

Tiket untuk menonton berharga RM30, RM50 dan RM100 boleh didapati di talian www.ezitix.net.

Previous Post Next Post