Yuna Dikritik Oleh Peminatnya Berpakaian Ketat



Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan? Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi hebat ini.



Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian ARTISMELETOP ialah permintaaan segelintir peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal kemunculannya. Bagi ARTISMELETOP, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan sangat sedap mata memandang. Lagipun ARTISMELETOP dapat rasakan para peminat Yuna lebih fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak bergaya “up to date” dengan fesyen-fesyen semasa.






Antara komen-komen yang menarik perhatian ARTISMELETOP ialah:-



Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun ARTISMELETOP pasti Yuna akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan kejayaan Yuna.

ARTISMELETOP: TAK PAYAH PAKAI KETAT-KETAT LAGI YE TAK PERLU JADI AGNEZ MONICA! JADILAH ORANG TIMUR YANG MEMENTINGKAN AGAMA, BUDAYA DAN ADAB.
Previous Post Next Post