Menjelang tarikh perkahwinan yang dijangka akan berlangsung pada 18 Julai ini bersama tunangnya Behati Prinsloo, vokalis Maroon 5, Adam Levine ingin memohon maaf terhadap bekas-bekas kekasihnya sebelum ini.
Perasaan bersalah terhadap perhubungan lampau yang gagal bersama beberapa wanita seperti Cameron Diaz, Anne V, Jessica Simpson, Nina Agdal dan Maria Sharapova membuatkan Levine mengambil tindakan ini.
Menurut Levine, antara tingkah laku paling jelik yang dibuatnya ialah mengabaikan panggilan telefon daripada Nina Agdal selepas mengambil keputusan memutuskan hubungan bersama wanita tersebut.