Awal Ashaari Lebih Cerewet Dalam Beli Barang Kelengkapan Bayi



Ketika ini, Scha Al Yahya pastinya selebriti tempatan yang menjadi perhatian kerana ramai menantikan kelahiran anak pertama beliau bersama Awal Ashaari dan pastinya pasangan ini sudah mula membeli barang kelengkapan bayi.

Scha al Yahya dijangka melahirkan anak pertama mereka pada hari pertama raya Aidilfitri ini & Awal Ashaari mengakui yang beliau bersikap cerewet dalam membeli barangan kelengkapan bayi berbanding isterinya itu.






“Antara kami berdua saya paling cerewet dalam membeli barangan untuk anak kerana saya terlalu teruja bakal bergelar bapa sehingga kadang-kala Scha marah sebab menganggap ia membazir”

“Bagaimanapun apa yang saya lakukan adalah untuk anak kami dan mahu memberikan terbaik kepadanya apabila dia lahir kelak,” jelas Awal Ashaari.

Maklumlah teruja mahu bergelar ibu bapa ‘kan, pastinya mahu berikan yang terbaik dalam dunia ini untuk anak pertama mereka. Anda berdua akan jadi pasangan ibu bapa yang bagus kami pasti Awal Ashaari & Scha al Yahya.
Previous Post Next Post