Bintang Ceria Popstar 2 Duet Bersama Cikgu Malam Ini!



Jika minggu lepas bintang Ceria Popstar 2 menunjukkan kehebatan dengan bergandingan bersama peserta Kilauan Emas, minggu ini pula mereka bakal berpasangan bersama guru mereka sendiri!

Wow! Semestinya tidak sabar menunggu bagaimana agaknya persembahan peserta-peserta Ceria Popstar 2 apabila diberi peluang untuk berpasangan bersama guru kesayangan sendiri iaitu Alyah, Sleeq, Waris & Hazama.

Selain itu, sedikit kelainan pada minggu ini apabila bintang yang tersingkir telah diberi peluang kedua untuk membuktikan kemampuan mereka dan berpeluang kembali ke pentas Ceria Popstar.






Konsert kelima kali ini akan menyaksikan tetamu undangan istimewa yang hadir untuk memeriahkan suasana iaitu pengacara dan juga penyampai radio Sinar.fm, Raja Azura (kak Engku).

Para peserta diadili oleh Dato’ Ac Mizal dan Zizan Razak sebagai juri tetap dan seorang lagi juri selebriti jemputan yang berbeza setiap minggu.

Seperti musim pertama, program ini masih lagi dikemudikan oleh pelawak terkenal, Nabil Ahmad sebagai hos manakal pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj.Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil turut kekal sebagai penaung bagi program ini.

Nasib para perserta akan ditentukan berdasarkan sistem pemarkahan sepenuhnya oleh juri tetap.






Jadi, kepada penonton, jangan lupa untuk menyaksikan Ceria Popstar 2, setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 9 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611) dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135).

LIKE Facebook: https://www.facebook.com/ceriapopstarmy
Previous Post Next Post