Liam Payne (One Direction) Mohon Maaf Berikutan Video Merokok



Beberapa hari yang lalu, telah tersebar sebuah video yang menunjukkan dua anggota One Direction iaitu Zayn Malik dan Louis Tomlinson sedang merokok.

Ternyata, video itu bukan sekadar video biasa dan menurut laporan Digital Spy, rokok yang dihisap oleh dua selebriti itu sebenarnya mengandungi dadah.



Selepas hal itu mula diperkatakan oleh peminat One Direction, Liam Payne yang juga anggota kumpulan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Twitternya sendiri.

Dalam permohonan maaf itu, Payne menunjukkan rasa kesalnya terhadap tindakan dua orang rakannya itu.

“Saya sayangkan mereka dan mungkin ada beberapa perkara di luar jangkaan telah berlaku, saya mohon maaf atas perkara itu.

“Kami hanya berumur 20 tahun dan kebanyakan daripada kita pastinya pernah melakukan perkara yang tidak bijak ketika di usia ini," katanya.






Namun, ada yang menyifatkan tindakan Payne itu seperti satu alasan untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua rakannya itu.

“Kita semua pernah membesar dan sedang membesar, jadi tidak semestinya kita membesar dengan sempurna. Pasti ada beberapa perkara yang menyukarkan dalam tempoh itu," katanya.

Jelas Payne menerusi tweet selanjutnya, dia berharap peminat akan sentiasa bersama dengan mereka ketika ini dan sokongan peminat adalah sangat bererti untuk One Direction.

Hingga ke hari ini, Malik dan Tomlinson belum memberi sebarang kenyataan rasmi tentang video yang melibatkan mereka itu.
Previous Post Next Post