Mata Tertusuk Pisau, Lee Seung Gi Tangguh Penggambaran Drama



Lee Seung Gi terpaksa berehat gara-gara mata tertusuk pisau.

GARA-GARA mata Lee Seung Gi tertusuk dengan pisau ketika menjalani penggambaran drama You're Surrounded pada Isnin lalu, aktor itu masih lagi berada dalam pengawasan doktor di hospital.

Menurut laporan portal Soompi, kekasih Yoona (Girls Generation) itu masih lagi belum sembuh sepenuhnya dan perlu mengambil tempoh masa lama untuk berehat.






"Seung Gi kini sedang berehat dan lukanya semakin pulih tetapi dia masih lagi ditahan di hospital bagi memudahkan doktor mengawasi proses penyembuhan matanya itu.

"Dia dijangka keluar hospitar lima hari lagi. Dan buat masa ini dia terpaksa berhenti seketika daripada menjalani penggambaran," kata jurucakap pelakon itu.

Kerana insiden tersebut juga, drama You're Surrounded juga terpaksa ditunda.
Previous Post Next Post