Pelakon cantik Nora Danish telah memuatnaik luahan rasanya di laman Instagram miliknya sebaik sahaja tamat Majlis Previu Filem Pengantin Malam yang berlangsung malam tadi.
Kata-kata Nora Danish yang menarik perhatian Astro Gempak itu ialah:
I was at Pengantin Malam pc. Press Interviewed me and I was shocked dgr berita ni. Pabila mereka menggunakan media social sebagai tempat menyindir dan lepas perasaan, malah account tidak diprivatekan, akhirnya saya sebagai celebrity yg kena jawab segala persoalan. Jadi, jgn marah pabila saya comment. Self reminder, reporters/bloggers r everywhere so think before u say simthing. It might get bck to u. To whom it might concern. : bersemuka if tak puas hati lebih baik dari perli memerli.
Menerusi tulisan tersebut jelas menunjukkan ia ditujukan kepada individu tertentu. Tetapi siapa yang dimaksudkan tidak pula dinyatakan.
Cuma di akhir kata Nora Danish seolah-olah ingin memberitahu kepada individu yang sedang memerlinya menggunakan media sosial itu bersemuka jika tidak berpuas hati.