Lantang Bersuara di Instagram, Chef Wan Memang Dangkal Menerima Teguran



Chef selebriti terkemuka Datuk Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengakui niatnya untuk berkongsi gambar melalui laman instagram peribadi miliknya sering kali disalah ertikan oleh masyarakat.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran Feast of Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada petang Selasa, Chef wan menyifatkan pengikut instagram yang memberikan komen negatif itu tidak menjaga sensitiviti orang lain.






“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, bila saya kongsi gambar-gambar dan memberikan pendapat di Instagram pasti ada sahaja yang membenci... Mereka telah tersalah anggap apa yang saya ingin sampaikan.

“Sebagai contoh isu coklat Cadbury baru-baru ini, saya hanya menyuarakan pendapat saya sahaja namun ada juga pihak yang melenting tidak tentu pasal.

“Kadang-kadang saya juga melihat mereka yang memberikan komen negatif ini seakan-akan tidak menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia… Kita kena faham masing-masing mempunyai kepercayaan sendiri lebih-leih lagi negara kita terdiri dari pelbagai kaum.

"Saya menegur bukan untuk kepentingan diri tetapi saya menegur sebab saya tak mahu orang anggap kita seperti katak di bawah tempurung,” katanya.

Walaubagaimanapun, Chef Selebriti ini tidak berasa terganggu dengan komen-komen yang diberikan malah dia lebih senang untuk tidak menghiraukan perkara itu.

“Pengikut instagram saya bukan sahaja terdiri daripada Malaysia sahaja malah pelbagai negara, mereka juga seronok bila saya berkongsi gambar.

“Bagi saya mudah sahaja, kalu mereka tak suka saya biarkan nak buat macam mana… Nak kata saya terus sekat mererka itu tidak.

“Nak kata saya tertekan pun tak juga sebab kalau saya tertekan dah lama dah saya padam akaun Instagram tu.

“Kita kena faham tak semua orang akan sukakan kita… Jika saya tutup akaun instagram saya sudah pasti ‘haters’ bersorak kegirangan jadi lebih baik saya biarkan.

“Selagi saya rasa apa yang saya lakukan ini betul, saya akan teruskan… Jika kita terlalu memikirkan perkara-perkara negatif yang berlaku maka sampai bila-bila kita tidak akan maju.” jelasnya.

Chef Wan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berkenaan kes nasi lemak ‘telanjang’, isu MH370, isu budu dan yang terbaru isu coklat Cadbury.

ARTISMELETOP: DALAMI AGAMA DAHULU JIKA TIDAK BERILMU, JANGAN MAIN SEDAP MULUT JE TAK ELOK
Previous Post Next Post