Perempuan, Taruhan Faizul AF2013



Agak jarang melihat juara AF2013 Faizul Sany muncul dikaca televisyen atau di mana-mana majlis sehingga ada yang beranggapan bahawa dia semakin menyepi daripada dunia hiburan.

Namun penyanyi yang berasal dari Sabah ini mempunyai alasannya yang tersendiri sekaligus menolak dakwaan tersebut.

Menurut Faizul, dia kini sedang sibuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap proses pembikinan album terbarunya yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Buat masa ini saya sedang sibuk menyiapkan album terbaru selain teribat dengan beberapa projek.

“Atas sebab itu jugalah saya jarang muncul di mana-mana majlis kerana memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembikinan album ini.






“Saya tidak mahu hanya sekadar keluarkan album tetapi kualitinya tidak memberangsangkan jadi saya rasa lebih baik saya fokus kepada satu-satu benda dahulu,” ujarnya ketika ditemui Astro Gempak pada majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di samping itu, single terbarunya yang berjudul ‘perempuan’ merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Faizul turut dimuatkan dalam album tersebut.

Bagaimanapun, Faizul menafikan lirik-lirik yang ditulis itu adalah berdasarkan kisah cintanya pada masa lalu.

“Di dalam album ini terdapat beberapa lagu yang ditulis oleh saya tetapi single ‘perempuan’ adalah ciptaan sepenuhnya oleh saya.

“Lirik berdasarkan kisah cinta saya? Ish! Tidaklah… Idea datang bila saya lihat cara budak-budak zaman sekarang bercinta, jadi saya menulis lirik berdasarkan pengalaman mereka.

“Lagu ini juga sudah dimainkan di corong-corong radio, dan respon daripada peminat juga adalah positif,” ujarnya.

Selain itu, album ini juga turut melibatkan nama-nama komposer terkenal seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Omar K dan Amir Jahari.
Previous Post Next Post