Ini satu lagi gosip ARTISMELETOP dapat dari MISS J katanya. Dah gila ke apa dia ni? Nampak dengan mata kasar pun dah tahu muka Rohana Jalil tu macam mana. Allah melarang mengubah tubuh badan kita untuk kecantikan. Jom dengar Miss J korang ni membebel. Ntah apa-apa ntah dia ni mengarut:
MISS J dapat tahu penyanyi Rohana Jalil seorang yang sangat prihatin soal penampilan diri dan kecantikan. Dia juga cukup cerewet dalam kedua-dua bab itu. Sebab itu Rohana tidak pernah ambil mudah soal penampilan diri.
Umur juga bukan penghalang buat Rohana untuk bergaya. Dia cukup mengambil berat tentang kesihatan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Silap hari bulan keprihatinan Rohana itu boleh mengalahkan segelintir anak dara hari ini yang tak berapa nak kisah tentang soal penampilan diri.
Sebab itu Miss J hairan kenapa masih ada yang berfikiran kolot mendakwa Rohana melakukan perubahan termasuk suntikan di wajahnya agar kelihatan lebih cantik dan menawan.
Kalau pun Rohana melakukan perubahan, pasti dia teragak-agak setiap kali ditemu bual oleh wartawan di mana-mana majlis yang memerlukan kehadirannya sebagai artis jemputan.
Ini tidak Rohana kelihatan cukup yakin. Kalau buat salah, mesti akan keluar pelbagai alasan untuk mempertahankan keaslian wajahnya itu.
Lagi satu kalau Rohana 'buat' muka sekalipun, pasti dia berasa sedikit 'berdosa' setiap kali menipu wartawan tentang kebenaran fakta perubahan wajahnya yang sentiasa tegang itu.
Sebab Miss J tahu sudah banyak kali rasanya wartawan bertanyakan soalan yang itu berulang kali. Dan Rohana juga berkali-kali menegaskan bahawa wajahnya itu memang asli.
Dia sememangnya tidak memerlukan sebarang suntikan untuk kelihatan hebat sebagai artis.