Scha Takut Awal Pengsan Dalam Bilik Bersalin



Pada Majlis Kesyukuran Schawal yang berlangsung di The Challis Sunway Damansara baru-baru ini, pasangan itu turut berkongsi perasaan menanti saat kelahiran anak sulung mereka.

Akui berdebar dan teruja menanti detik kelahiran tidak lama lagi, Scha Alyahya dan Awal Ashaari turut resah memikirkan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa tidak lama lagi.

“Setiap trimester kehamilan debarannya berlainan…Bila detik kelahiran sudah semakin hampir, yang terlintas di fikiran ialah mengenai ‘parenting’.

“Adakah kami mampu untuk menjadi ibu dan bapa yang baik nanti? Kami bertambah prihatin tentang perkara itu apabila mengetahui jantina anak kami adalah perempuan.

“Bukannya apa, maklum sahajalah zaman sekarang ni macam-macam isu berlaku di sekeliling kita. Kami juga risau jika anak kami mengulangi kesilapan lampau kami,” kata Scha dan Awal teruja.




Sementara itu Scha pula telah merancang untuk tidak berenggang dengan suaminya sepanjang proses kelahiran.

“Saya memang nak Awal ada dengan saya daripada mula proses bersalin sampai selamat semuanya…Tetapi saya risaukan Awal, kerana saya tahu dia berdarah gemuruh.

“Manalah tahu kot-kot dia pengsan dalam bilik bersalin tu nanti,” ujarnya ketawa.

Berkongsi pengalaman tentang kehamilan pertamanya ini, menurut Scha kandungannya kini sudah lapan bulan.

Malah menurut Scha bayinya semakin aktif dan dia mengalami masalah sukar tidur dan mudah penat berbanding di awal kehamilan dulu kehabisan tenaga kerana alahan yang teruk.



Previous Post Next Post