
Matt dan Christina memiliki seorang anak selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan.
PENYANYI bersuara lantang, Christina Aguilera selamat bersalin anak perempuan pada Sabtu lalu.
Menurut laporan Aceshowbiz, kekasih Matt Rutler itu bersalin secara pembedahan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, yang selama ini menjadi lokasi kegemaran ramai selebriti melahirkan anak.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang matlumat lanjut mengenai bayi tersebut termasuklah nama yang disediakan oleh pasangan itu.
Ini merupakan anak pertama buat Matt dan kedua untuk Christina.
Terdahulu, penyanyi lagu Your Body itu pernah berkahwin dengan Jordan Bratman dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Max, yang kini berusia enam tahun.
Christina dan Matt mula bertemu pada tahun 2010, ketika mereka bekerjasama menerusi filem Burlesque. Kemudian pada Februari lalu, Christina mengumumkan kehamilannya, tidak lama selepas pertunangannya dengan Matt.