KIRSTEN DUNST
PELAKON Kirsten Dunst memberitahu dia mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri selewat-lewatnya pada tahun depan.
Katanya, perasaan itu muncul selepas melihat dua rakan baiknya sedang meniti hari untuk bergelar ibu.
"Saya berasa tak sabar untuk memiliki bayi sendiri kerana dua orang rakan baik saya kini sedang mengandung. Malah, saya berasakan umur 33 tahun merupakan usia yang sesuai untuk memiliki anak pertama," ujar pelakon berumur 32 tahun itu.
Aktres On The Road itu juga memberitahu, dia berasa tertekan apabila ibunya kerap bertanya bila dia mahu mengakhiri zaman bujang.
"Ibu saya asyik bertanyakan soal kahwin dan keluarga. Saya sudah memasuki umur 30-an. Saya rasa cukuplah ibu sahaja yang bertanyakan pasal kahwin dan bukan orang lain," ujar kekasih kepada pelakon Garrett Hedlund, 29, yang sudah menjalinkan hubungan sejak 2012.