Beyonce, Jay Z masih bahagia
BEYONCE masih bersama suami, Jay Z biarpun gosip mengatakan hubungan mereka kini retak.
PASANGAN selebriti, Beyonce dan Jay Z masih mengecap kehidupan bahagia sebagai suami isteri.
Rumah tangga pasangan itu dilaporkan retak menanti belah sejak beberapa minggu lepas.
Kedua-dua selebriti itu dilihat berpimpin tangan di Portofino, Itali beberapa hari selepas sambutan hari lahir Beyonce yang ke-33 baru-baru ini.
"Mereka tidak akan bercerai. Gosip seperti ini cuma sekadar permainan media," kata bapa Beyonce, Matthew Knowles.