Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu


Didi Astillah

Bekas peserta Idola Kecil (terbitan TV9), Didie Astillah muncul dengan album terbaharu terbaharu iaitu Didi Astillah.

Didi, 19, berkata, menerusi album tersebut, lagu-lagu yang dibawakan lebih matang, namun sesuai dengan usianya dalam menarik penggemar-penggemar muzik daripada kalangan remaja.






"Saya mahu tampil dengan lagu-lagu segar dan matang tetapi sesuai dengan usia saya.

"Dalam pada itu, saya bersyukur kerana album ini dijayakan oleh komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan komposer dari negara seberang iaitu Posan yang pernah menulis lagu Sayang nyanyian Shae," katanya.

Tambah Didi, kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu mengenai kisah-kisah percintaan golongan muda masa kini.

Album tersebut memuatkan sebanyak enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La la la, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFFku, Stop Mencintaiku dan I Love You So.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbitan Warner Music itu mengetengahkan evolusi muzik pop dance.




"Bagaimanapun, untuk single pertama, saya akn muncul dengan lagu Fikirkan Kamu dahulu kerana saya percaya lagu tersebut mampu menarik perhatian penggemar muzik.

"Selain itu ia mampu menaikkan nama saya sebagai penyanyi baru dalam industri muzik tempatan," ujarnya.

Terdahulu, anak kelahiran Sandakan, Sabah itu mula melibatkan diri dalam dunia muzik bermula usia tiga tahun dan pernah mempunyai mempunyai album berjudul Adik-Adik Mutiara, berduet bersama kakaknya, Bella Astillah.

Sejak itu, mereka sudah pun memiliki sebanyak 10 buah album.

Previous Post Next Post