Charles (kiri) bersama William dan Kate
PUTERA Wales, Putera Charles berkata, alangkah bagusnya beliau dapat menjadi datuk sekali lagi dan berharap untuk menimang cucu perempuan kali ini.
Charles, 65, berkata, puteranya William dan isteri, Kate Middleton dijangka menerima anak kedua.
Putera Wales itu berkata: "Alangkah bagusnya. Saya gembira untuk menjadi datuk sekali lagi.
"Saya akan menunggunya, tetapi saya berharap ia adalah bayi perempuan kali ini."
Kate masih dirawat akibat 'morning sickness' di kediaman di Istana Kensington, sambil ditemani William.
Kate masih dalam peringkat awal kehamilannya.
Charles dilaporkan pernah menyatakan harapan yang sama untuk mendapatkan bayi perempuan ketika Puteri Diana sedang mengandung anak kedua iaitu Harry.
Di dalam buku mengenai beliau bertajuk 'Diana: Her True Story' yang diterbitkan pada 1992, penulis Andrew Morton mendakwa Diana berkata: "Charles sentiasa mahukan anak perempuan... saya tahu Harry adalah lelaki (ketika mengandung) dan saya tidak beritahu dia."