30 Lagu Bakal Berentap Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29



Sebanyak 30 buah lagu bakal berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 29 (AJL 29) bermula 14 November ini dengan menyaksikan pertarungan 10 buah lagu selama tiga minggu.

10 buah lagu akan bersaing pada minggu pertama, diikuti 11 buah lagu minggu kedua (21 November) dan Sembilan buah lagu lagi pada minggu ketiga (28 November).

Daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan, hanya 12 sahaja yang layak ke pentas akhir AJL 29 dan bakal diumumkan pada minggu ketiga pertandingan.

Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bakal bersiaran secara langsung pada Januari tahun hadapan.






Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata Muzik Muzik merupakan program terulung TV3 sejak diterbitkan 28 tahun lalu. Ianya terbukti menjadi anjakan utama bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu tempatan untuk terus berkarya.

"Menerusi edisi ke-29 ini, kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak memberi inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tempatan dengan menganjurkan Separuh Akhir Muzik Muzik 29.

Dari segi pemilihan dan pengundian lagu-lagu yang tercalon pula, kita memilih lagu dari jumlah permintaan lagu dalam radio. Penggemar muzik hanya perlu mengundi lagu-lagu kegemaran melalui Facebook Muzik Muzik 29 serta aplikasi gua.com.my," ujar Ahmad Izham ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 29 di Sri Pentas Bandar Utama, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Lagu- lagu yang layak ke pusingan Separuh Akhir pada 14 November nanti ialah Akhiri Penantianku (Alif Satar), Gilalah (Stacy), Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana), Malaikat (Hazama & The Penglipurlara), Romancinta (MOJO), Hilang (Najwa Latif), Si Putih Si Merah (Black & RJ), Dia Yang Kau Pilih (Shahir), Masih Aku Cinta (Shila Amzah) dan Dunia & Syurga (Akim Ahmad).

Manakala pada 21 November pula adalah Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rindukanlah (Encik Mimpi), Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi), Aku Juga Manusia (Amir Jahari), Gadis Jolobu ( Datuk Hattan& Waris), Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Arjuna Beta (Fynn Jamal), Pasti Sempurna (Kristal & Ronnie Hyperact), Percayalah (Indah Ruhaila), Kau Pergi Jua (IamNeeta & Najwa Latif) dan Infiniti Cinta (Zizan & Kaka).

Minggu terakhir pada 23 November pula adalah Mewangi (Akim & The Majistret), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Apa Khabar (Joe Flizzow & Sona One), Al Haq Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal), Lelaki (Yuna), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Matahari (Hafiz),Tak Pernah Berjumpa (Forteen) dan Cinta Makrifat (Awie & Erra Fazira).


Previous Post Next Post