Ajai Bengang Dengan Pengurusan AIM?



Terkejut Artis Meletop melihat Instagram milik komposer dan penyanyi terkenal Ajai, meluahkan rasa hatinya apabila tidak mempercayai sistem pengurusan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Dalam ‘caption’ gambar yang dia memuat naik itu, dia menyatakan dia sayang muzik Malaysia dan sokong muzik Malaysia.

Namun, dia tidak percayakan AIM… hurmmm… Agak keras bunyi itu. Apakah sebab Ajai berpendapat demikian? Artis Meletop kurang pastilah.



Setahu Artis Meletop, sepanjang Ajai bergelar komposer dan produser, dia banyak juga meraih pelbagai anugerah.

Termasuk lah AIM, Ajai antara komposer yang banyak membantu penyanyi tanah air ke tahap yang memberangsangkan, seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.

Apa-apa pun, Artis Meletop tak nak komen panjang-panjang. Biar orang yang ‘pakar’ boleh menilainya.


Previous Post Next Post