AYAH kepada salah seorang ahli Super Junior iaitu Kyuhyun didenda akibat perniagaan penginapan mewah milik ayahnya itu melanggari beberapa peraturan.
Menurut pihak polis Seoul, ketika tempat penginapan itu dibina hanya satu tingkat sahaja akan dibuat sebagai bilik sewa. Manakala lima tingkat lain akan digunakan untuk perkara lain.
Namun, ayah Kyuhyun menggunakan kesemua tingkat bangunan itu sebagai bilik untuk disewakan kepada pelancong.
Kerana kesalahan ini, ayahnya didenda dengan sejumlah bayaran yang tinggi atau penjara selama setahun.
Sementara itu, pengurusan Kyuhyun mengeluarkan kenyataan bahawa ayah penyanyi itu tidak tahu sama sekali tentang peraturan tersebut.