Han Hyo Joo jadi Geisha



PELAKON cantik Korea, Han Hyo Joo bakal muncul dengan filem terbarunya yang berjudul Haewohwa.

Menerusi filem ini dia akan memainkan peranan sebagai Gisaeng atau geisha dalam versi Korea.

Menurutnya, walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran filem Beauty Inside tetapi dia tidak akan melepaskan peluang berlakon sebagai Geisha.

"Ia bukan calang-calang filem, ia memerlukan karakter, mainan emosi yang mendalam untuk merealisasikan watak tersebut," katanya.

Filem sentuhan pengarah Park Heung Shik ini dijangka memulakan penggambaran awal 2015.



Previous Post Next Post