Sony Pictures digodam, filem dimuat-turun



BEBERAPA filem termasuk yang belum ditayangkan kepada umum dilaporkan telah 'dicuri' selepas studio Sony Pictures Entertainment di Amerika Syarikat (AS) digodam, minggu lepas.

Filem-filem tersebut telah dimuatnaik ke laman perkongsian fail, antaranya adalah filem "Fury" yang dijadualkan tayangan pada awal Disember, "Annie (19 Disember), "Mr. Turner" (19 Disember), "Still Alice" (15 Januari 2015), dan "To Write Love on Her Arms" (15 Mac 2015).

Menurut jurucakap Sony, serangan siber tersebut masih di dalam siasatan. Khabar angin mengatakan bahawa pihak berkuasa FBI terlibat dalam siasatan tersebut.


Previous Post Next Post