ANAK perempuan kepada aktres terkenal Nicole Kidman iaitu Sunday Rose, 6, dan Faith Margeret, 4, tidak mahu mengikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon.
Jelas Nicole, anak-anaknya tidak menunjukkan ciri-ciri berminat dalam bidang tersebut biarpun banyak pendedahan diberikan kepada mereka.
"Lakonan adalah minat dan motivasi saya namun saya tidak melihat perkara itu dalam diri anak-anak saya.
"Malah mereka memberitahu tidak berminat untuk menjadi pelakon," katanya kepada majalah People.
Bagaimanapun kata Nicole pengakuan anak-anaknya itu tidak mengecewakannya kerana mahu mereka mempunyai minat dan arah tujuan sendiri dalam hidup.
"Saya akan menyokong apa sahaja minat mereka dan tidak semestinya perlu mengikut apa yang saya lakukan," ujarnya.